Kerana rupa? Yupp!! Kerana rupalah seorang kawan dhia menolak kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya... Emmhh... adakah kerana lelaki itu terlalu "handsome" hinggakan Suraya sanggup buat macam tu kat Imran? Nope... definitely not. Suraya bukan macam tu. Lagipun, Imran tu macho apa, dahlah otak tu bijak.
Habis tu, what's the story?
Let me start my story on how they met few years ago. Imran ni mula-mula jumpa Suraya dalam satu majlis hari raya kat rumah Julia. First time dia tengok Suraya, his eyes were captured by a beautiful girl who sat not too far from him. And from that moment, dia selalulah nak cuba rapat dengan Suraya. Kiranya macam first sight love story lah ni ( ye ke?)
Dan masa terus berlalu dan atas desakan Imran, Julia pun cuba memulakan perkenalan antara Imran dan Suraya, since Julia tu kawan baik Imran. Lebih kurang 3 tahun mereka keep in touch as friend barulah Suraya pun tahu apa feeling Imran ni kat dia. Her response? Entah... masa tu tak rapat sangat dengan Suraya ni. Lepas tu, dia pun tahu lah since bila Imran ni crush on her... and why. Suraya's a beautiful girl, that's why Imran noticed her back few years then. Kejelitaan wajah yang dimiliki oleh Suraya makes Imran falls in love with her from the very first time he saw her.
And Suraya... hates the reason...
Suraya tak suka, dhia ulang, cukup tak suka seorang lelaki yang ada perasaan padanya semata-mata kerana wajahnya itu. Dan kerana itu, dia agak berat menerima Imran sebagai seorang yang lebih daripada kawan dalam dirinya...
Kata Suraya : Dia suka kat saya pasal tu. nanti bila saya dah tua, dah berkedut, dia akan masih sayang saya macam dia sayang kat saya sekarang ni?
Superb la Suraya... walaupun dhia tahu yang Suraya pun ada lah (sikit-sikit) suka kat Imran tu..
Tapi, Imran ni x pernah mengalah... He still keeps the hope to be someone more than a friend to her.. Seiring berjalannya waktu, Suraya noticed yang Imran tu mula rapat dengan another girl. Suraya's heart is broken? Perhaps... and I think she really did.

Walaupun dia tak pernah cakap yang dia pun suka Imran, tapi dhia boleh agak from the way she starts a conversation about him.
I do remember well what Suraya said to me : Ramai lagi gorgeous girl kat luar sana. And masa tu, bila dia dah jumpa orang yang dia lebih suka tengok, will he dump me?
Well... apapun keputusan Suraya, I'll support you, honey... Semoga Su menemukan seseorang yang jauh lebih baik dari Imran... Amin~~
So... what's the gist behind the story?
Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya kerana keelokan rupa itu tiada yang kekal buat selama-lamanya... lalu, apabila keindahan rupa itu telah hilang, masihkah anda akan tertarik padanya?

Jangan pula tertarik kepada seseorang kerana kekayaan harta yang dimilikinya kerana kekayaan itu boleh musnah dalam sekelip mata.. lalu, apabila kekayaan harta itu tiada lagi di depan mata, masihkah anda akan tertarik padanya? 
Jangan juga tertarik kepada seseorang kerana keturunannya yang baik, kerana iman itu tidak mungkin dapat diwarisi oleh orang tua yang baik budi pekertinya.
Justeru,
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat anda tersenyum dengan penuh ikhlas, kerana hanya senyuman yang mampu membuat hari-hari anda yang gelap menjadi cerah...
Tertariklah juga kepada seseorang yang baik akhlaknya kerana kebaikan akhlaknya akan membuat kita berasa selesa dengan tingkah dan perlakuannya...
Saling mencintailah hanya kerana Allah
Saling menyayangilah hanya kerana Allah
Saling membahagiakanlah hanya kerana Allah
Kerana
Hanya Allah lah
yang dapat menumbuhkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut
Maka, tertariklah juga kepada seseorang kerana agamanya, kerana apabila kamu dekat padanya, insyaAllah hati kamu juga akan terbuka untuk dekat pada Dia...
Semoga anda menemukan seseorang seperti itu dalam hidup anda
LOVE LETTER FROM ME :)